Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kanak-kanak lelaki 12 tahun digigit jerung di pantai Sydney Harbour
  • GLOBAL

Kanak-kanak lelaki 12 tahun digigit jerung di pantai Sydney Harbour

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan.

SYDNEY: Seorang kanak-kanak lelaki dipercayai berusia 12 tahun, berada dalam keadaan kritikal selepas digigit jerung di pantai Sydney Harbour hari ini, lapor Xinhua.

Australian Broadcasting Corporation (ABC) melaporkan bahawa perkhidmatan kecemasan dipanggil ke Hermitage Foreshore Walk berhampiran Shark Beach di Vaucluse, sebuah pinggir bandar di timur Sydney, kira-kira 4.20 petang waktu tempatan pada petang Ahad, susulan laporan mengenai seorang kanak-kanak lelaki digigit jerung.

ABC memetik perkhidmatan Ambulans NSW sebagai berkata bahawa kanak-kanak itu berada dalam keadaan kritikal dengan kecederaan pada kedua-dua belah kaki, dan sedang dibawa ke hospital.

Pantai tersebut telah ditutup, dan perenang dinasihatkan supaya menjauhi air, menurut laporan itu.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Roket bulan baharu NASA dipindahkan ke pad pelancaran untuk misi angkasawan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.