Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kanak-kanak dua tahun maut terjatuh ke dalam sistem pembetungan di Sibu
  • KEMALANGAN

Kanak-kanak dua tahun maut terjatuh ke dalam sistem pembetungan di Sibu

Utusan Sarawak 3 hours ago

KANAK-kanak maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam sistem pembetungan di Jalan Pedada di sini, petang tadi. Foto: PGO

SIBU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ke dalam sistem pembetungan di Jalan Pedada di sini, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 6.29 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral digerakkan ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi, bapa mangsa memaklumkan anak lelakinya yang berusia dua tahun hilang dan dipercayai terjatuh ke dalam pembetung,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, operasi mencari segera dijalankan dan mangsa, dikenali sebagai Ehthin Ling, ditemukan timbul di dalam pembentung pada 6.55 petang sebelum berjaya dibawa naik lima minit kemudian.

“Pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.

Oleh Tarani Lanting

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki maut kemalangan kendiri di Jalan Oya-Dalat
Next: Tanah runtuh landa belakang Rumah Panjang Jelukong di Lubok Antu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.