Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kanak-kanak disambar buaya masih belum ditemukan
  • KEMALANGAN

Kanak-kanak disambar buaya masih belum ditemukan

Utusan Sarawak 8 months ago

DITERUSKAN... Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjalankan operasi mencari kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dipercayai disambar buaya ketika mandi sungai

TATAU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari kelima hari ini masih menemui jalan buntu apabila kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dipercayai disambar buaya masih gagal ditemukan.

Menurut Komander Operasi, Jankey Jikat, SAR yang bermula 9.05 pagi tadi meliputi radius pencarian anggaran satu  hingga tujuh kilometer dari Pusat Kawalan Bomba (PBK).

”Kawasan pencarian meliputi lokasi sepanjang sungai Pekan Tatau lama, di sungai Batang Tatau dari lokasi mangsa  dipercayai disambar reptila itu.

”Pada sebelah petang, pencarian diperluaskan dalam radius sembilan kilometer ke kawasan hilir  Batang Tatau, kawasan sepanjang Sungai Tatau hingga Kem Pasir Lubuk Pas Tatau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa masih gagal ditemui dan SAR ditangguh pada pukul 5 petang dan akan disambung semula esok.

Turut serta dalam SAR itu ialah tiga anggota polis, tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM) dan lima kakitangan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) Bintulu.

Dalam kejadian sekitar 6.30 petang empat hari lepas, seorang kanak-kanak perempuan dikhuatiri disambarbuaya ketika mandi sungai bersama keluarganya di Kampung Seberang Pasar Lama, Tatau.

Dalam kejadian itu, identiti mangsa dikenal pasti sebagai Cicilia Julan Intik berusia enam tahun.

Difahamkan mangsa mandi di sungai berkenaan bersama keluarganya dan tragedi itu disaksikan sendiri datuk mangsa yang turut berada di lokasi kejadian.

Continue Reading

Previous: Lot kedai sayur, buah-buahan hangus dijilat api
Next: Sekurang-kurangnya 9 rumah terbakar di Kampung Hilir, Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.