Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kanak-kanak disambar buaya di Tatau belum ditemui
  • KEMALANGAN

Kanak-kanak disambar buaya di Tatau belum ditemui

Utusan Sarawak 8 months ago

Operasi SAR bagi mengesan kanak-kanak yang hilang selepas disambar buaya di jeti Kampung Seberang Pasar Lama, Tatau.

TATAU: Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) kanak-kanak yang hilang selepas disambar buaya ketika mandi di jeti Kampung Seberang Pasar Lama diteruskan untuk hari ketiga hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau, Jankey Jikat berkata, operasi dimulakan pada jam 9.30 pagi dengan radius pencarian dianggarkan antara satu hingga dua kilometer dari Pusat Kawalan Bomba (PKB). 

Lokasi pencarian melibatkan kawasan Sungai Sap dan Sungai Jelai, serta sepanjang sungai pekan Tatau Lama.

“Operasi pertama ditamatkan pada jam 11.20 pagi, diikuti dengan sesi pencarian kedua pada jam 1.20 petang, meliputi radius tiga kilometer ke arah Sungai Jelai dan hilir Batang Tatau.

“Namun, operasi SAR terpaksa ditangguhkan pada jam 6.00 petang atas arahan pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rabu lalu, Cicilia Julan Intik,6, disambar buaya ketika sedang mandi bersama ahli keluarganya di jeti Kampung Seberang Pasar Lama di sini.

Tragedi ngeri itu disaksikan sendiri oleh datuk mangsa ketika mereka mandi bersama.

Continue Reading

Previous: Pelajar lemas di Air Terjun Wong Ruan, Sarikei
Next: Kawasan kebun hangus di Lingga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.