Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kanak-kanak 5 tahun dijangkiti selesema burung H5N1, 7 kes disahkan setakat ini  
  • GLOBAL

Kanak-kanak 5 tahun dijangkiti selesema burung H5N1, 7 kes disahkan setakat ini  

Utusan Sarawak 11 months ago
GAMBAR HIASAN… Antara tujuh kes H5N1 yang melibatkan manusia  setakat tahun ini adalah enam kanak-kanak, salah seorang daripadanya meninggal dunia dan seorang dewasa. Semua pesakit dilaporkan mempunyai sejarah pendedahan terkini kepada unggas yang sakit atau mati sebelum jatuh sakit.

PHNOM PENH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Wilayah Takeo di selatan Kemboja disahkan dijangkiti selesema burung H5N1, menjadikan jumlah kes kepada tujuh sejak awal 2024, kata Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan, semalam. 

“Pesakit mengalami demam dan merupakan sepupu kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang didapati positif dalam ujian virus itu pada 5 Julai,” kata kementerian itu, sambil menambah kedua-dua mangsa tinggal di rumah yang sama di Kampung Pou di Daerah Kiri Vong.

“Kira-kira 10 hari sebelum kanak-kanak perempuan itu jatuh sakit, ayam dan itik di kampung telah mati dan keluarga pesakit memasaknya sebagai makanan, dan pesakit telah mempunyai hubungan langsung dengan ayam yang mati,” katanya.

Antara tujuh kes H5N1 yang melibatkan manusia  setakat tahun ini adalah enam kanak-kanak, salah seorang daripadanya meninggal dunia dan seorang dewasa. Semua pesakit dilaporkan mempunyai sejarah pendedahan terkini kepada unggas yang sakit atau mati sebelum jatuh sakit.

Selesema H5N1 adalah selesema yang biasanya merebak antara unggas yang sakit, tetapi kadangkala boleh merebak dari unggas kepada manusia dan simptomnya termasuk demam, batuk, hidung berair, dan penyakit pernafasan yang teruk.

Kementerian itu berkata, selesema burung masih menimbulkan ancaman kepada kesihatan manusia, terutamanya kanak-kanak, sambil menggesa orang ramai untuk tidak memakan unggas yang sakit atau mati.

Dari 2003 hingga kini, terdapat 69 kes jangkitan manusia dengan selsema H5N1, termasuk 42 kematian di negara Asia Tenggara itu, menurut kementerian berkenaan. – Bernama – Xinhua            

Continue Reading

Previous: Gelombang haba dijangka landa 17 bandar Itali
Next: Presiden Perancis tolak peletakan jawatan PM ‘buat masa ini’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.