
(FILES) In this file photo taken on September 20, 2017 an official looks at the empty chairs of leaders ahead of their participation in an open debate of the United Nations Security Council in New York. - The UN General Assembly on June 17, 2020 will elect five new members of the Security Council for 2021 and 2022, with battles underway for the Western and African seats. (Photo by Stephane LEMOUTON / POOL / AFP)

TRENTON: Kanada pada Rabu gagal dalam bidaan untuk menjadi anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang menurut kumpulan pro-Palestin ia disebabkan negara itu lemah dalam mengkritik rancangan Israel untuk merampas wilayah Tebing Barat.
Dua keanggotaan itu berjaya dimiliki Ireland dan Norway.
Pertubuhan untuk Keadilan dan Kedamaian Timur Tengah di Kanada dalam satu kenyataan berkata, kekalahan itu disebabkan “kepemimpinan Kanada gagal dalam mengetengahkan isu hak asasi manusia dan kerjasama antarabangsa.”
“Beberapa bulan kebelakangan ini (Perdana Menteri Justin Trudeau) banyak berdiam diri mengenai ancaman Israel, jika dibandingkan dengan pesaingnya Norway dan Ireland yang kelihatan lebih lantang.”
Kanada memerlukan 128 undi bagaimanapun sekadar memperoleh 108 manakala Norway mendapat 138 undi dan Ireland 128, pada pusingan pertama.
Trudeau sebelum ini dikatakan giat melobi dengan membuat sekurang-kurangnya 60 panggilan telefon kepada wakil negara lain.
Sebelum undian dibuat, Trudeau berkata, gagal bukan bermakna berakhirnya inisiatif Kanada untuk memerangi perubahan iklim dan meningkatkan ekonomi. – Bernama