Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kanada berkabung
  • GLOBAL

Kanada berkabung

Utusan Sarawak 4 years ago

LONDON, CANADA - JUNE 12: Mourners and supporters gather for a public funeral for members of the Afzaal family at the Islamic Centre of Southwest Ontario on June 12, 2021 in London, Canada. The Muslim family was run over by a truck in a racially-motivated terror attack on Sunday, leaving the community shattered by grief. Ian Willms/Getty Images/AFP (Photo by Ian Willms / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / Getty Images via AFP)

ORANG ramai memberi penghormatan terakhir pada upacara pengebumian empat sekeluarga beragama Islam yang maut dalam serangan terancang berunsur kebencian. • Foto AFP

LONDON: Ratusan orang berkumpul di London, Ontario semalam bagi memberi penghormatan kepada keluarga Islam yang maut dirempuh trak dengan sengaja.

Serangan terancang yang mengejutkan warga Kanada itu turut dikecam Perdana Menterinya, Justin Trudeau, sebagai perbuatan ‘pengganas’.

Empat ahli keluarga Afzaal, seorang lelaki dan isterinya, anak gadis mereka serta ibunya terbunuh ketika keluar berjalan-jalan di kawasan kejiranan mereka di London.

Mangsa ialah Salman Afzaal, 46, isterinya Madiha, 44, anak perempuan mereka Yumna, 15 dan ibu Salman Talat, 74.

Mereka dilanggar seorang lelaki berusia 20 tahun memandu trak pikap berwarna hitam, yang sengaja merempuh laluan mereka, kata pihak berkuasa.

Seorang lagi ahli keluarga itu, seorang budak lelaki berusia sembilan tahun, Zayed Afzaal, cedera parah.

Semalam, beratus orang memenuhi tempat letak kenderaan dan padang bola di sebelah pusat Islam London, di mana upacara penghormatan terakhir bagi empat sekeluarga itu.

Duta besar Pakistan ke Kanada, Raza Bashir Tarar, berkata keranda mangsa yang dilitupi dengan bendera Kanada menunjukkan seluruh negara itu bersedih atas jenayah tidak berperikemanusiaan itu.

“Keranda mereka yang dilapisi bendera Kanada yang indah membuktikan seluruh warga negara itu bersama keluarga mangsa,” katanya.

Upacara itu disusuli ucapan dan doa ringkas yang disiarkan secara langsung di rangkaian utama Kanada.

Pengacara majlis itu, Sajid Ali Mohamed, berkata serangan terhadap keluarga Islam terbabit ditakrifkan sebagai keganasan, bukannya disalahkan sebagai penyakit mental, seperti yang lazim berlaku dalam kes seumpamanya.

Orang ramai berbaris di jalan itu untuk menunjukkan solidariti mengiringi jenazah yang dibawa ke tanah perkuburan.

Serangan itu menggegarkan masyarakat Islam serta warga Kanada yang lain.

Jumaat lalu, beribu-ribu orang menyertai perarakan kesatuan Kristian melalui jalan-jalan di London, yang menjadi tempat tinggal sekitar 30,000 penganut Islam.

Ramai yang membawa poster bertulis ‘Kita semua manusia’ atau ‘Benci membunuh’.

terbaru itu mencetuskan perdebatan mengenai Islamofobia di Kanada sementara wujud ketakutan dalam kalangan masyarakat Islam bahawa agama mungkin mendedahkan mereka sebagai sasaran serangan.

Nathaniel Veltman, 20, yang tidak mempunyai rekod jenayah dan tiada kaitan dengan kumpulan pelampau, sudah didakwa dalam serangan itu dengan empat tuduhan pembunuhan peringkat pertama dan satu percubaan membunuh.

Polis mengatakan serangan itu dirancang dan didorong kebencian, malah tidak menolak kemungkinan menambah tuduhan berkaitan keganasan.

Terdahulu, Trudeau berjanji untuk meningkatkan perjuangan menentang kumpulan pelampau.

Berikutan serangan itu, wakil rakyat Kanada menerima resolusi tidak mengikat yang diperkenalkan Parti Demokrat Baru berhaluan kiri, menyeru sidang kemuncak nasional mengenai Islamofobia musim panas ini.

Perkara itu turut dituntut banyak pertubuhan Islam dan dalam kalangan masyarakat Islam Kanada. – AFP

Continue Reading

Previous: Negara Asia Selatan beralih ke China, Rusia
Next: Magawa bersara dari perkhidmatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.