Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kampung Tanjung Hilir johan pertandingan Pintu Gerbang Aidilfitri Saratok
  • Tengah
  • WILAYAH

Kampung Tanjung Hilir johan pertandingan Pintu Gerbang Aidilfitri Saratok

Utusan Sarawak 10 hours ago
MOHAMAD DURI merakamkan gambar bersama kesemua pemenang pertandingan Pintu Gerbang sempena sambutan Aidilfitri DUN Kalaka, kelmarin. Foto: ADUN Kalaka

SARATOK: Kampung Tanjung Hilir berjaya mempertahankan gelaran kejuaraan dalam pertandingan Pintu Gerbang sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, sekali gus mengekalkan kecemerlangan mereka dalam pertandingan berprestij tersebut.

Kemenangan itu diumumkan selepas pintu gerbang kampung berkenaan berjaya menewaskan 12 penyertaan lain yang turut mengambil bahagian pada tahun ini, sekali gus membuktikan keunggulan dari segi kreativiti dan persembahan.

Pintu gerbang Kampung Tanjung Hilir memperoleh markah keseluruhan sebanyak 80.9, mengatasi pencabar terdekat, Pintu Gerbang JKKK Kampung Bunga Raya Hilir yang meraih 79.4 markah untuk menduduki tempat kedua.

Dengan kemenangan tersebut, Kampung Tanjung Hilir membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 berserta piala dan sijil penyertaan yang disampaikan pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN N.38 Kalaka, semalam.

Sementara itu, JKKK Kampung Bunga Raya Hilir yang menduduki tempat kedua menerima wang tunai RM4,000 selain piala dan sijil sebagai pengiktirafan terhadap usaha mereka.

Tempat ketiga pula menjadi milik Cahaya Saguhati Melango dengan jumlah markah 76.9, sekali gus melayakkan mereka menerima wang tunai RM3,000 bersama piala dan sijil.

Bagi tempat keempat, Kampung Masjid Hilir turut tidak pulang hampa apabila menerima wang tunai RM2,000 serta piala dan sijil atas pencapaian mereka dalam pertandingan tersebut.

Dalam pada itu, sembilan lagi penyertaan turut menerima saguhati berupa wang tunai RM1,500 setiap satu berserta sijil penyertaan sebagai penghargaan atas komitmen dan kreativiti yang ditampilkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri, merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua pemenang serta jawatankuasa penganjuran yang telah menjayakan pertandingan tersebut dengan cemerlang.

Menurut beliau, penganjuran pertandingan seumpama ini bukan sahaja memeriahkan sambutan Aidilfitri, malah mampu mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat.

Tambahnya lagi, usaha dan kerjasama erat antara Pusat Khidmat ADUN N.38 Kalaka, Lembaga Amanah Kebajikan Islam Saratok (LAKIS) serta Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Majlis Daerah Saratok wajar dipuji kerana berjaya menganjurkan program yang memberi impak positif kepada komuniti.

Pertandingan tersebut turut menyerlahkan kreativiti penduduk dalam menghasilkan reka bentuk pintu gerbang yang unik serta penggunaan pencahayaan lampu yang menarik, sekali gus menceriakan suasana Aidilfitri di seluruh kawasan Saratok.

Majlis penyampaian hadiah turut diserikan dengan kehadiran beberapa pemimpin tempatan termasuk Kaunselor Kasdi Pandi, Pemanca Sahari Gani, Pemanca Lim Guan Ann serta Penghulu Rajali Bujang. Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen di Jalan Pelabuhan
Next: Dua warga emas uzur terima bantuan katil pesakit boleh laras di Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.