Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kampung Sungai Bangat destinasi pelancongan
  • TEMPATAN

Kampung Sungai Bangat destinasi pelancongan

Utusan Sarawak 4 years ago
JAJARAN BARU… Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan meneliti pelan jalan raya ke Kampung Sungai Bangat yang melalui laluan baharu dan sedang dalam pelaksanaan.

LAWAS: Kampung Sungai Bangat Jalan Punang bakal berubah wajah menjadi destinasi pelancongan dan riadah yang mudah dikunjungi.

Ini berikutan perlaksanaan jalanraya yang menghubungkan kampung ini dengan jalan utama di Jalan Punang.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan memberitahu demikian ketika lawatan kerja ke tapak pembinaan jalan ke Kampung Sungai Bangat kelmarin.

Jalan bertaraf R1 ini telah mula dibina oleh Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) dengan kos berjumlah RM7.8 juta dengan jarak 2.5 KM.

Seterusnya beliau yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan  Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak laluan jalan ini turut diubah sedikit jajarannya agar tidak terlalu banyak melalui tanah penduduk kampung.

Malahan, bagi tanah penduduk yang termasuk dalam projek jalanraya ini akan diberi pampasan dalam masa terdekat kerana cek untuk pampasan ini telahpun ada.

Turut hadir, Residen Bahagian Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pengarah NRDA Datu Haji Ubaidillah Haji Latip, Pengerusi Teknikal Program Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) Bukit Sari Ir Haji Puasa Pandin, Setiausaha Parti PBB Bukit Sari Awang@Ibrahim Ahmad dan Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok.

Seterusnya, Awang Tengah memaklumkan bahawa projek ini akan siap dalam tempoh 18 bulan dan meminta pihak bertanggungjawab memantau proses perlaksanaan agar segalanya berjalan sempurna mengikut jadual.

“Dahulu kita guna peruntukan daripada projek kecil luar bandar (MRP) dan kini kita bersyukur dapat melaksana beberapa projek melalui peruntukan NRDA,” ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Sari yakin, jalanraya ini akan dapat merancakkan aktiviti pembukaan tanah dan pertanian di kawasan terlibat.

Malahan jalan raya ini juga akan membuka laluan untuk penduduk tempatan dan pelawat luar berkunjung ke pantai Sungai Bangat yang bersih dan indah untuk beriadah.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: RM10 JUTA UNTUK SEKOLAH CINA
Next: Ambil langkah drastik tangani penularan wabak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.