Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kampung Selanyau tuan rumah Kejohanan Tarik Tali 20–21 Disember
  • SUKAN

Kampung Selanyau tuan rumah Kejohanan Tarik Tali 20–21 Disember

Utusan Sarawak 13 hours ago
MASIH TERBUKA… Kejohanan Tarik Tali Piala Datuk Rosey Yunus bakal berlangsung di Padang SK Kampung Selanyau selama dua hari bermula 20 hingga 21 Disember depan.

BEKENU: Kampung Selanyau bakal menjadi tumpuan apabila Kejohanan Tarik Tali Piala Datuk Rosey Yunus dianjurkan di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Selanyau selama dua hari, bermula 20 hingga 21 Disember depan.

Program anjuran Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Selanyau dengan kerjasama Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Selanyau berjaya menghimpunkan pasukan-pasukan hebat dari sekitar Subis dan Miri.

Pertandingan ini mempertaruhkan gelaran juara dalam tiga kategori utama, iaitu Lelaki Terbuka (680kg), Lelaki Bawah 23 Tahun (560kg) dan Wanita Terbuka (640kg).

Menurut pihak penganjur, Pengerusi PBB Ranting Selanyau Abdul Rashid Yaakub, sebanyak 16 pasukan akan bertanding dalam kategori Lelaki Terbuka, manakala lapan pasukan masing-masing bakal berentap dalam kategori Lelaki 23 Tahun ke bawah dan Wanita Terbuka.

Yuran penyertaan ditetapkan sebanyak RM120 bagi kategori Lelaki Terbuka dan RM100 bagi dua kategori lain.

Para peserta berpeluang membawa pulang hadiah lumayan termasuk piala, pingat serta wang tunai.

Bagi kategori Lelaki Terbuka, juara bakal membawa pulang RM1,500 bersama piala dan pingat, naib juara menerima RM1,000 serta pingat, dan tempat tiga bersama akan menerima hadiah RM600 berserta pingat.

Hadiah menarik turut disediakan bagi kategori Lelaki 23 Tahun ke Bawah dan Wanita Terbuka, masing-masing menawarkan hadiah wang tunai antara RM1,000 hingga RM400 bersama piala dan pingat.

Penyertaan dibuka sehingga 12 Disember depan sebelum 6.00 petang, pasukan yang berminat boleh menghubungi pihak penganjur iaitu Abu Syam (013-8085939), Saidi (014-8918033) atau Qayyum (011-51356968) untuk maklumat lanjut.

Kejohanan ini dijangka meriah dengan sokongan penduduk setempat sekali gus mempromosikan semangat kesukanan serta kerjasama komuniti kampung.

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Maresca bimbang penyerang Chelsea, Delap, alami kecederaan baharu
Next: Luahan kemarahan Salah goncang Liverpool ketika bintang itu dakwa dirinya ‘dikorbankan’ oleh Slot

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.