Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Kampung Pemindahan anjur pertandingan lagu patriotik sempena Hari Kemerdekaan 2025
  • HIBURAN

Kampung Pemindahan anjur pertandingan lagu patriotik sempena Hari Kemerdekaan 2025

Utusan Sarawak 1 day ago
GAMBAR hiasan.

MARUDI: Sempena sambutan Hari Kemerdekaan 2025, Komuniti MADANI Kampung Pemindahan akan mengadakan Pertandingan Nyanyian Lagu-Lagu Patriotik pada 29 dan 30 Ogos ini.

Menurut Penyelaras program, Hajijah Dollah, program tersebut akan diadakan di Dewan Masyarakat Kampung Pemindahan Marudi bermula 8.30 malam.

Katanya pertandingan ini terbuka kepada penduduk Marudi sahaja dan yuran penyertaan sebanyak RM20.00 sahaja yang perlu diserahkan bersama borang penyertaan.

Setiap peserta perlu mendendangkan dua lagu iaitu lagu wajib (lagu patriotik) dan lagu bebas (pilihan peserta).

Tegasnya pertandingan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kategori kanak-kanak (12 tahun ke bawah), kategori dewasa (13-49 tahun) dan kategori veteran (50 tahun ke atas).

Tambahnya  peserta hendaklah menyediakan minus one lagu yang dinyanyikan dan diserahkan kepada pihak penganjur sebelum pertandingan.

Dalam pada itu peserta diwajibkan hadir sekurang-kurang 30 minit awal sebelum pertandingan bermula.

Wang penyertaan tidak akan dikembalikan sekiranya peserta menarik diri dari penyertaan ini dan keputusan hakim adalah muktamad.

Peserta  boleh memilih lagu lagu-lagu patriotik mengikut kesesuaian dan sekiranya peserta mempunyai lagu patriotik pilihan sendiri adalah dibenarakan.

Senarai 10 lagu patriotik ialah Warisan (Sudirman Haji Arshad), Saya Anak Malaysia (Dr Sam Rasputin), Bahtera Merdeka (Aishah), Malaysia (Faizal Tahir), Gemuruh (Wings), Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta (Bob Yusuf), Gemilang (Jaclyn Victor), 31 Ogos (Sudirman Haji Arshad), Mentera Semerah Padi (M.Nasir) dan Standing In The Eyes Of The World (Ella).

Tambahnya tarikh akhir men ghantar borang ialah pada 24 Ogos 2025 pada 4.00 petang.

Oleh Jiku Juguong

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Afif Tenor lancar single Di Bawah Langit Kuching
Next: Aina Abdul  terbuka kongsi karya ciptaannya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.