Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kampung Haji Baki catat perubahan positif, kini zon kuning kes dadah
  • TEMPATAN

Kampung Haji Baki catat perubahan positif, kini zon kuning kes dadah

Utusan Sarawak 1 day ago
ADUN Batu Kitang, Dato Ir Lo Khere Chiang menghadiri Majlis Penutupan Program Memperkasa Komuniti Tanpa Dadah Kampung Haji Baki yang berlangsung di Dewan Komuniti Kampung Haji Baki, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Kampung Haji Baki yang dahulunya berada dalam zon merah bagi penyalahgunaan dadah kini menunjukkan perubahan positif apabila beralih ke zon kuning hasil pelbagai usaha kesedaran yang dijalankan bersama agensi kerajaan dan komuniti setempat.

Perkembangan itu dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Ir Lo Khere Chiang semasa menyempurnakan Majlis Penutupan Program Memperkasa Komuniti Tanpa Dadah Kampung Haji Baki yang berlangsung di Dewan Komuniti Kampung Haji Baki, hari ini.

Menurut beliau, disiplin memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi belia yang sihat dan bebas daripada gejala sosial, khususnya penyalahgunaan dadah.

“Apabila seseorang itu berdisiplin, mereka akan bekerja dengan rasa tanggungjawab, memiliki rasa pemilikan terhadap masa depan mereka, dan secara tidak langsung menjauhkan diri daripada perkara negatif seperti dadah,” jelasnya.

ADUN Batu Kitang, Dato Ir Lo Khere Chiang menghadiri Majlis Penutupan Program Memperkasa Komuniti Tanpa Dadah Kampung Haji Baki yang berlangsung di Dewan Komuniti Kampung Haji Baki, hari ini. Foto UKAS

Tambahnya, Kampung Haji Baki yang telah menunjukkan kemajuan, usaha untuk terus memerangi dadah tidak boleh diperlahankan terutamanya melibatkan golongan muda yang sentiasa ingin mencuba dan mudah terpengaruh.

“Zon merah adalah teruk dan sekitar 3 hingga 5 tahun lalu, kampung ini berada pada tahap tersebut. Tetapi kini, ia sudah dalam zon kuning. Ini satu perkembangan yang baik, namun kita tidak boleh leka,” katanya.

Beliau turut mencadangkan agar usaha pendidikan pencegahan dadah dimulakan dari peringkat sekolah melalui kolaborasi guru dan ibu bapa.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak peruntuk RM300 juta perkukuh seni persembahan dan budaya
Next: Cadang tetapkan tempoh khusus sambutan ‘Ngiling Bidai’ – Nanta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.