Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kampung Gersik dilanda banjir kilat, paras air mulai menurun
  • Selatan
  • WILAYAH

Kampung Gersik dilanda banjir kilat, paras air mulai menurun

Utusan Sarawak 5 hours ago
HUJAN lebat menyebabkan kejadian banjir kilat berlaku di Lorong 4, Kampung Gersik di sini, pagi tadi. Foto JBPM Sarawak

PETRA JAYA: Hujan lebat menyebabkan kejadian banjir kilat berlaku di Lorong 4, Kampung Gersik di sini, pagi tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.41 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya digerakkan ke lokasi kejadian.

Pasukan bomba yang tiba pada 9.52 pagi mendapati kawasan berkenaan dilanda banjir kilat dengan paras air mencecah paras lutut.

PASUKAN bomba yang tiba pada 9.52 pagi mendapati kawasan berkenaan dilanda banjir kilat dengan paras air mencecah paras lutut. Foto JBPM Sarawak

Komander Operasi, Syed Mohd Azreen Wan Halami berkata, keadaan bagaimanapun terkawal apabila air didapati mulai surut ketika pemantauan dijalankan.

“Pasukan bomba turut menasihati penduduk supaya sentiasa berwaspada dan segera menghubungi pihak bomba sekiranya memerlukan bantuan untuk berpindah,” katanya dalam satu kenyataan.

Setakat ini tiada mangsa dilaporkan terlibat dan tiada pemindahan penduduk dilakukan berikutan paras air yang semakin surut.

Operasi pemantauan yang melibatkan 10 anggota dengan bantuan sebuah jentera FRT dan sebuah Urvan itu dikawal pada 10.15 pagi sebelum ditamatkan sepenuhnya pada 11.30 pagi.

Oleh Norman B

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Saberkas Meradong agih 300 pek bubur lambuk di Bazar Ramadan Bintangor
Next: Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi PDRM lawat IPD Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.