Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kampung Budaya masih beroperasi seperti biasa
  • KEBAKARAN

Kampung Budaya masih beroperasi seperti biasa

Utusan Sarawak 3 days ago
PENGARAH Jualan, Pemasaran dan Acara Kampung Budaya Sarawak (SCV), Zaini Zainuddin ketika ditemui media di kawasan kebakaran di Kampung Budaya, malam ini. Turut hadir, Pengurus Besar Kampung Budaya Sarawak Jane Lian Labang.

SANTUBONG: Kampung Budaya Sarawak (SCV) masih beroperasi seperti biasa walaupun Rumah Baruk kaum Bidayuh di muzium hidup itu musnah dalam kebakaran sekitar 7.30 malam tadi.

Menurut Pengarah Jualan, Pemasaran dan Acara SCV, Zaini Zainuddin, hanya kawasan Rumah Baruk kaum Bidayuh ditutup sementara bagi tujuan siasatan dan kerja-kerja pembersihan, manakala bahagian lain beroperasi seperti biasa untuk pengunjung.

“Rumah Bidayuh sebenarnya kosong, tidak ada penghuni. Penghuni hanya ada ketika penganjuran festival sahaja. Hari biasa tiada orang menetap di situ.

“Tindakan pantas anggota bomba serta kakitangan kami berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah budaya lain yang berdekatan.

“Setakat ini hanya Rumah Bidayuh yang terjejas,” katanya ketika ditemui media di kawasan kebakaran di Kampung Budaya, malam ini.

Tambah beliau, punca kebakaran masih dalam siasatan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan laporan penuh dijangka diterima dalam masa terdekat.

Beliau turut menjelaskan bahawa Rumah Panjang Bidayuh tersebut merupakan antara struktur baharu yang dibina pada 2007, bagi menampung peningkatan jumlah pelawat sejak SCV mula dibuka pada 1990.

“Rumah ini dibina bagi memperluas ruang pameran dan aktiviti kebudayaan. Di dalamnya hanya terdapat artifak dan barangan lama yang disumbangkan oleh komuniti Bidayuh serta Muzium Sarawak.

“Beberapa artifak lama dipercayai turut musnah dalam kejadian itu, namun pihak pengurusan akan bekerjasama dengan Muzium Sarawak serta komuniti Bidayuh untuk proses pemulihan dan penggantian semula bahan pameran.

“Insya-Allah, kami akan membangunkan semula Rumah Bidayuh ini secepat mungkin. Tahun depan ialah Tahun Melawat Malaysia, dan kami mahu memastikan tarikan budaya ini dapat dipulihkan segera,” jelasnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pasukan bomba atas tindakan pantas dan profesionalisme mereka dalam memadam kebakaran serta mengelak kemusnahan lebih besar di kawasan berkenaan.

Oleh Shahrul Qaizat & Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: SCV siasat punca sebenar Rumah Baruk di Kampung Budaya hangus
Next: Tindakan pantas bomba berjaya sekat api merebak ke rumah tradisional lain

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.