Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kampung Buangsiol giat persiapkan diri untuk Pertandingan Bina Insan Gemilang Kebangsaan
  • Utara
  • WILAYAH

Kampung Buangsiol giat persiapkan diri untuk Pertandingan Bina Insan Gemilang Kebangsaan

Utusan Sarawak 22 hours ago
GENERASI GEMILANG…Ahli-ahli Kelas Bina Insan Gemilang Kampung Buangsiol dan warga KEMAS Limbang bergambar bersama. 

LIMBANG: Kelas Bina Insan Gemilang Kampung Buangsiol telah melakukan persiapan rapi menjelang Pertandingan Bina Insan Gemilang Peringkat Kebangsaan dengan menganjurkan program gotong-royong baru-baru ini.

Program tersebut melibatkan penyertaan warga Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) serta ahli-ahli Kelas Bina Insan Gemilang yang terdiri daripada penduduk kampung.

Pemaju Masyarakat Pembangunan Insan, Yayu Rosmiane Ali @ Rosli, berkata program ini bukan sahaja bertujuan mempererat hubungan dan kerjasama komuniti, malah turut mendidik masyarakat mengenai kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan persekitaran.

“Gotong-Royong Perdana ini merupakan inisiatif Kelas Bina Insan Gemilang Kampung Buangsiol dengan kerjasama KEMAS, bagi membudayakan semangat bergotong-royong dalam kalangan masyarakat.

“Selain memupuk kesedaran terhadap penjagaan kesihatan diri dan persekitaran, ia juga merupakan sebahagian daripada persiapan menjelang Pertandingan Bina Insan Gemilang Peringkat Kebangsaan yang dijadual berlangsung Julai ini,” katanya.

Antara pengisian program termasuk aktiviti pembersihan, pengindahan kawasan serta penanaman pokok.

Turut hadir Pegawai KEMAS Bahagian Limbang, Khairul Amree Abdul Rahman, Pembantu Pembangunan Masyarakat Kanan (Pembangunan Masyarakat), Rapiah Siosman, Pembantu Pembangunan Masyarakat Kanan (Pembangunan Desa), Dayang Jamilah Awang Hidup serta beberapa tetamu jemputan lain.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MPKS perkasa kesedaran bahaya dadah menerusi program komuniti
Next: 703 kilogram sampah berjaya dikutip sempena program pembersihan pantai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.