Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kampung Baru tidak pernah tercicir dari arus pembangunan
  • WILAYAH

Kampung Baru tidak pernah tercicir dari arus pembangunan

Utusan Sarawak 12 hours ago
ADUN Daro, Dr Safiee Ahmad ketika menghadiri Majlis Ramah Tamah Hari Raya 2026 di Kampung Baru, semalam. Foto UKAS

DARO: Kampung Baru tidak pernah tercicir daripada arus pembangunan sejak berada di bawah kepimpinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr Safiee Ahmad yang menyaksikan pelaksanaan puluhan projek untuk manfaat penduduk.

Menurutnya, Kampung Baru telah menerima sebanyak 29 projek berimpak besar dengan jumlah peruntukan mencecah RM10.53 juta sejak beliau diberi mandat sebagai wakil rakyat kawasan tersebut.

“Ini belum termasuk pelaksanaan pelbagai projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dan Program Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) yang turut memberi manfaat besar kepada penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Hari Raya 2026 anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Baru, semalam.

APA KHABAR… ADUN Daro, Dr Safiee Ahmad bersalaman sambil bertanya khabar tetamu pada Majlis Ramah Tamah Hari Raya 2026 di Kampung Baru, semalam. Foto UKAS

Dr Safiee berkata, pembangunan di Kampung Baru turut melibatkan penyediaan kemudahan asas dan prasarana komuniti.

“Pada peringkat awal, kampung tersebut hanya mempunyai surau bersifat sementara, namun kini telah memiliki surau baharu yang turut dinaik taraf bagi keselesaan penduduk,” ujarnya.

Selain itu, katanya, dewan serbaguna turut dibina bagi kegunaan pelbagai aktiviti masyarakat.

Pada majlis berkenaan, Dr Safiee turut merasmikan gelanggang futsal yang telah diusulkan oleh golongan belia kampung pada tahun lalu, sekali gus membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan generasi muda.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada penduduk Kampung Baru atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan pelbagai program kemasyarakatan, khususnya dalam mengekalkan perpaduan dan keharmonian di peringkat kampung.

Pada majlis yang sama, Dr Safiee turut menyampaikan sumbangan dana berjumlah keseluruhan RM20,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Baru Hilir, JKKK Kampung Baru Hulu serta Persatuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) bagi menyokong pelaksanaan aktiviti komuniti dan pembangunan setempat.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Daro, Zul Usup, Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Daro, Faizol Hashim, Penghulu Abu Bakar Salleh, Penghulu Jebli Ngok, Ketua Kaum Kampung Baru Hilir, Hanim Ali serta Ketua Kaum Kampung Baru Hulu, Ladi Man.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Persatuan alumni pemacu hubungan erat bekas pelajar, pembangunan sekolah
Next: Isu bekalan air Sibu Jaya perlu penyelesaian menyeluruh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.