Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kamera milik mendiang Paus Francis dijual €6.5 juta
  • GLOBAL

Kamera milik mendiang Paus Francis dijual €6.5 juta

Utusan Sarawak 17 hours ago
LEICA M-A khas milik mendiang Paus Francis menarik bidaan sengit, melebihi nilai anggaran 100 kali ganda, di Vienna baru-baru ini.

VIENNA: Sebuah kamera milik mendiang Paus Francis dijual pada harga €6.5 juta (RM35.25 juta) dalam satu acara lelongan di Vienna pada Sabtu selepas berlaku persaingan bidaan yang tidak dijangka, lapor agensi berita Jerman, dpa.

Kamera model Leica M-A itu melebihi nilai anggaran asalnya sebanyak seratus kali ganda, menurut jurucakap bagi Leitz Photographica Auction ke-47.

Selaras dengan hasrat bekas ketua Gereja Roman Katolik yang meninggal dunia pada April lalu, wang hasil jualan akan disalurkan kepada badan amal. Rumah lelongan itu juga mengecualikan bayaran komisennya.

Leica Camera AG menghadiahkan kamera itu kepada Francis pada 2024, melabelkan kamera itu dan lensanya dengan nombor siri 5000000.

“Sudah menjadi tradisi di Leica untuk menyimpan nombor siri bulat yang istimewa dan tersendiri untuk kamera khas, yang selalunya diberikan kepada tokoh awam terkenal,” kata Pengarah Urusan Leica Camera Classics dan Leitz Photographica Auction, Alexander Sedlak.

Identiti pembeli tidak didedahkan. Menurut laporan, dua pembida bersaing sengit melalui panggilan telefon untuk mendapatkan kamera berkenaan.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Banjir besar di Vietnam ragut 90 nyawa, 12 hilang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.