Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kamera badan untuk pengadil diperkenalkan – Fifa
  • SUKAN

Kamera badan untuk pengadil diperkenalkan – Fifa

Utusan Sarawak 13 hours ago

FIFA perkenal kamera badan, teknologi ofsaid untuk pengadil di Piala Dunia Kelab. - Foto AFP

PARIS: Pemakaian kamera badan oleh pengadil dan sistem pengesanan ofsaid yang dinaik taraf akan menjadi antara inovasi utama pada Piala Dunia Kelab tahun ini di Amerika Syarikat, menurut Fifa. 

Buat pertama kali dalam kejohanan anjuran Fifa, pegawai perlawanan akan memakai kamera badan, dengan rakaman terpilih akan disiarkan secara langsung kepada penonton.

Versi baharu dan lebih canggih bagi teknologi ofsaid separa automatik yang menggabungkan kecerdasan buatan (AI), pelbagai kamera, dan sensor bola akan digunakan untuk mempercepat proses membuat keputusan sambil mengekalkan pengawasan VAR bagi situasi yang tipis.

“Namun, bagi situasi ofsaid yang mencabar, pembantu pengadil video masih akan mengesahkan maklumat yang diberikan oleh sistem sebelum keputusan dibuat,” kata Fifa dalam satu kenyataan.

Kejohanan yang kini berkembang kepada 32 pasukan tahun ini akan menjadi medan ujian utama bagi kedua-dua sistem itu, kata badan induk bola sepak dunia itu. – AFP

Continue Reading

Previous: Xisco Munoz dilantik ketua jurulatih baharu JDT
Next: Mungkin sukar untuk Tze Yong kembali ke prestasi sebenar – Roslin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.