Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kamera AI perkukuh amaran awal kemunculan beruang di Jepun
  • GLOBAL

Kamera AI perkukuh amaran awal kemunculan beruang di Jepun

Utusan Sarawak 7 hours ago
KAMERA berkuasa kecerdasan buatan (AI) dipasang berhampiran kawasan berpenduduk di Jepun bagi mengesan kehadiran beruang dan mengeluarkan amaran awal kepada penduduk setempat.

TOYAMA, Jepun: Ketika kemunculan dan serangan beruang terus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan komuniti setempat, satu sistem pemantauan berkuasa kecerdasan buatan (AI) muncul sebagai alat penting untuk mencegah pertemuan berbahaya antara manusia dan hidupan liar, lapor Agensi Berita Kyodo.

Sistem berkenaan berupaya mengesan kehadiran beruang secara automatik berhampiran kawasan berpenduduk serta memaklumkan pihak berkuasa tempatan secara masa nyata, sekali gus mengubah pendekatan kerajaan tempatan dalam menangani ancaman beruang.

Teknologi itu menggunakan kamera yang dipasang berhampiran kawasan kediaman bagi memantau pergerakan haiwan dan mengenal pasti beruang sebelum sebarang insiden berlaku.

ANTARA kelebihan utama sistem berkenaan ialah keupayaannya mengesan haiwan walaupun di kawasan kurang pencahayaan. 

Sebaik sahaja beruang dikesan, pegawai kerajaan tempatan akan menerima makluman menerusi e-mel, membolehkan amaran dikeluarkan kepada penduduk serta tindakan susulan diambil dengan lebih pantas.

Sistem berkenaan kini diperkenalkan di seluruh negara, termasuk di wilayah Gunma, Toyama dan Ishikawa, susulan peningkatan insiden berkaitan beruang di Jepun.

Dikenali secara rasmi sebagai ‘Sistem Pengesanan dan Pemberitahuan Automatik Berasaskan AI untuk Haiwan Berbahaya’ platform itu lebih dikenali sebagai “B Alert”.

Sistem itu dibangunkan bersama oleh Hokuriku Electric Power Co. yang beribu pejabat di Toyama dan Hokutsu Co., sebuah syarikat sistem komunikasi berpangkalan di Kanazawa, Wilayah Ishikawa.

Antara kelebihan utama sistem berkenaan ialah keupayaannya mengesan haiwan walaupun di kawasan kurang pencahayaan. 

Kamera yang dilengkapi fungsi komunikasi itu dipasang di kawasan pergunungan serta di sepanjang tebing sungai berhampiran kawasan berpenduduk, dan akan merakam imej secara automatik apabila mengesan haba badan haiwan.

Dengan penggunaan kecerdasan buatan berasaskan awan, sistem itu menapis ribuan imej yang dirakam dan memfokuskan pengenalpastian khusus kepada beruang, membolehkan amaran kepada penduduk dikeluarkan lebih 30 minit lebih awal berbanding kaedah konvensional. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Terowong terpanjang di dunia dibuka di Xinjiang
Next: Angin kencang, rebut salji diramal di seluruh Jepun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.