Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kalimantan Timur tuan rumah Sukan Borneo 2027
  • SUKAN

Kalimantan Timur tuan rumah Sukan Borneo 2027

Utusan Sarawak 2 days ago
TAHNIAH… Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Gerald Rentap Jabu merakamkan gambar kenangan bersama Puong Wei Hii dan Chereen Yirui Ngo yang dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Terbaik Temasya Sukan Borneo 2025. Foto UKAS

KUCHING: Kalimantan Timur (KalTim) dipilih sebagai tuan rumah Sukan Borneo seterusnya pada 2027 selepas persetujuan sebulat suara dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Penganjur yang diadakan sempena temasya kali ini di Sarawak.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, keputusan itu dibuat dengan mudah selepas Gabenor Kalimantan Timur menyatakan kesediaan wilayah berkenaan untuk menganjurkan edisi berikutnya dengan pusat pertandingan utama bakal berlangsung di Samarinda.

“Alhamdulillah, apabila perkara ini dibentangkan dalam mesyuarat, Kalimantan Timur terus menyatakan kesanggupan menjadi tuan rumah.

“Oleh itu, secara sebulat suara, diputuskan Sukan Borneo 2027 akan dianjurkan di Kalimantan Timur,” katanya pada Majlis Penutupan Sukan Borneo 2025 di Pusat Konvensyen Penview (PCC) Demak, di sini, hari ini.

TAHNIAH… Puong Wei Hii dan Chereen Yirui Ngo dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Terbaik Temasya Sukan Borneo 2025. Foto Shahrul Qaizat

Menurutnya, keputusan itu memberi peluang kepada semua wilayah yang bersaing kali ini untuk membuat persiapan awal bagi menghadapi temasya dua tahun lagi.

Beliau menambah, keunikan Sukan Borneo berbanding temasya lain ialah ia tidak meletakkan had umur kepada atlet, sekali gus membuka ruang penyertaan lebih luas termasuk mereka yang sudah melepasi kategori bawah 21 tahun di Sukan Malaysia (Sukma).

“Ini memberi peluang kepada lebih ramai atlet meneruskan karier mereka selain menjadi persediaan untuk ke Sukan SEA, temasya serantau mahupun Olimpik, insya-Allah,” ujarnya.

Abdul Karim turut menyatakan keyakinannya bahawa Kalimantan Timur akan memperluas penyertaan pada 2027 dengan menjemput bukan sahaja Sabah, Sarawak, Labuan dan Brunei, malah lima lagi provinsi lain di Kalimantan.

“Jika ini menjadi kenyataan, persaingan pastinya akan lebih hangat,” jelasnya sambil berharap Sukan Borneo akan terus dianjurkan pada edisi-edisi akan datang dengan penyertaan lebih meluas.

Pada majlis yang sama, anugerah Olahragawan dan Olahragawati Terbaik masing-masing dianugerahkan kepada Puong Wei Hii dan Chereen Yirui Ngo.

Puong Wei Hii menampilkan persembahan cemerlang sepanjang temasya dalam acara renang dengan membolot tujuh emas dan satu perak.

Antara kilauan emas yang dihadiahkan oleh Puong muncul dalam acara Renang 100 meter(m) Kuak Dada Lelaki, Renang 400m Medley Individu Lelaki, Renang 4x100m Medley Berganti-ganti Campuran, Renang 200m Kuak Lentang Lelaki, Renang 200m Medley Individu Lelaki, Renang 400m Gaya Bebas Lelaki dan Renang 100m Kuak Lentang Lelaki.

Atlet berusia 15 tahun, Chereen Yirui Ngo pula meraih lima emas, tiga perak dan dua gangsa.

Sentuhan emas perenang permata Bumi Kenyalang ini muncul dalam acara Renang 400m Medley Individu Wanita, Renang 4x100m Medley Berganti-ganti Campuran, Renang 50m Kuak Dada Wanita, Renang 800m Gaya Bebas Wanita, Renang 200m Kuak Dada Wanita.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sukan Borneo Kuching 2025: Sarawak kuasai acara renang, kumpul 59 pingat
Next: Liga Super: Kuching City FC tewaskan Imigresen FC 4-0

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.