Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kalaka terus terima manfaat RTP, dua projek baharu dimulakan
  • Tengah
  • WILAYAH

Kalaka terus terima manfaat RTP, dua projek baharu dimulakan

Utusan Sarawak 6 hours ago
KAUNSELOR Kasdi Pandi yang mewakili ADUN Kalaka bersama agensi pelaksana projek, DID Betong telah menghadiri proses serah tapak bagi dua projek berkenaan, semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Usaha memperkukuh pembangunan infrastruktur luar bandar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka terus dipergiat dengan pelaksanaan dua projek baharu di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi tahun ini.

Semalam, Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi bersama agensi pelaksana projek, Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Betong telah menghadiri proses serah tapak bagi dua projek berkenaan.

Projek yang akan dilaksanakan ialah naik taraf jalan ke Rumah Raweng, Lubok Nibong, Kabong dan naik taraf parit di Rumah Lim Sanang, Metong Roban.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata pelaksanaan berterusan projek RTP di kawasan Kalaka saban tahun telah memberi impak besar terhadap kesejahteraan penduduk setempat, khususnya dari aspek kemudahan asas dan infrastruktur desa.

FOTO: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

“Sehingga kini, RTP DUN Kalaka telah membawa pelbagai manfaat bukan sahaja kepada kampung dan rumah panjang, tetapi juga kepada institusi pendidikan dengan peningkatan prasarana di 10 sekolah rendah, tiga sekolah menengah serta satu Kolej Tingkatan Enam Saratok,” katanya.

Mohamad Duri menegaskan bahawa komitmen kerajaan dalam menyediakan kemudahan asas yang lebih baik di kawasan luar bandar membuktikan kesungguhan untuk mengimbangi pembangunan antara bandar dan desa.

Turut hadir, wakil daripada Pejabat Daerah Kecil Roban serta pegawai-pegawai DID Betong.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: BBP Batu Niah anjur program keselamatan kebakaran di SK Tegageng
Next: Sibu bakal jadi hab kandungan digital dan kreatif Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.