Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kakitangan dan perantis Sarawak Metro sertai program lampiran bersama Prasarana Malaysia Berhad
  • TEMPATAN

Kakitangan dan perantis Sarawak Metro sertai program lampiran bersama Prasarana Malaysia Berhad

Utusan Sarawak 4 hours ago
PASUKAN Sarawak Metro bergambar secara berkumpulan bersama Zaki (duduk, tengah) semasa majlis penutupan.

KUCHING: Seramai 18 kakitangan dan perantis Sarawak Metro Sdn Bhd baru-baru ini menyertai program lampiran bersama Prasarana Malaysia Berhad di Selangor bagi mendapatkan pendedahan operasi pengangkutan awam secara langsung.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Metro, Ts. Mazli Mustaffa menegaskan kepentingan pendedahan seperti ini kepada pasukan muda Sarawak Metro, khususnya bersama pengendali pengangkutan awam yang berpengalaman seperti Prasarana.

“Ketika kami bersiap sedia untuk memulakan perkhidmatan Autonomous Rapid Transit (ART) yang dijadualkan beroperasi pada suku keempat tahun ini, adalah penting untuk memastikan kakitangan kami benar-benar bersedia.

PASUKAN Sarawak Metro bergambar secara berkumpulan selepas lawatan tapak.

“Oleh itu, pengalaman operasi secara langsung merupakan elemen penting dalam usaha kesiapsiagaan kami,” katanya sambil merakamkan penghargaan kepada Prasarana kerana memberi peluang berharga kepada pasukan Sarawak Metro.

Mazli turut memaklumkan Sarawak Metro merancang untuk bekerjasama dengan pengendali pengangkutan awam lain di peringkat serantau bagi melaksanakan program lampiran seumpama itu pada masa hadapan.

“Kami akan terus memperkasa kesiapsiagaan kakitangan, termasuk melalui program lampiran bersama pengendali pengangkutan awam lain di rantau ini bagi meningkatkan pendedahan, pengetahuan praktikal dan pengalaman operasi,” jelasnya.

Program tersebut melibatkan kakitangan Sarawak Metro serta perantis Program Bakat Muda (Young Talent Programme – YTP) yang merupakan sebahagian daripada Program Pembangunan Peningkatan Sosio-Ekonomi (SEED) Sarawak Metro, bertujuan melahirkan tenaga kerja tempatan mahir untuk mengendalikan dan menyelenggara Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS).

Perantis YTP menjalani latihan perantisan selama 24 bulan sebelum diserap sebagai kakitangan sepenuh masa Sarawak Metro.

PASUKAN Sarawak Metro di Akademi Bas Prasarana.
 

Program lampiran selama 10 hari itu bertujuan memberi peluang kepada para peserta memperoleh pengalaman praktikal sebagai persediaan menjelang permulaan operasi KUTS pada tahun ini.

Daripada jumlah keseluruhan peserta, seramai 11 peserta menjalani lampiran bersama pasukan Rapid Rail Laluan Ampang Prasarana bagi mendapatkan pendedahan operasi dalam persekitaran ‘Grade of Automation 2’.

Sementara itu, baki peserta menjalani latihan di Akademi Bas Prasarana yang menyediakan latihan berstruktur merangkumi amalan terbaik pengurusan armada bas, penyelenggaraan pencegahan, pengurusan depoh serta penyampaian perkhidmatan kepada penumpang.

Sarawak Metro memaklumkan program lampiran itu berjaya meningkatkan kecekapan teknikal peserta, memperkukuh budaya keselamatan dan kebolehpercayaan, serta membolehkan penanda aras proses operasi dibuat berbanding pengendali pengangkutan awam yang telah lama beroperasi.

Program tersebut berakhir pada 24 Disember 2025 dan diraikan dengan majlis penutupan di ibu pejabat Prasarana di Ara Damansara.

Continue Reading

Previous: AirBorneo sasar pengembangan global selepas 2029
Next: Had umur permohonan kewarganegaraan anak diturunkan kepada 18 tahun mulai Jun 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.