Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Kafe di New Zealand mohon maaf kepada Peter Jackson
  • HIBURAN

Kafe di New Zealand mohon maaf kepada Peter Jackson

Utusan Sarawak 7 days ago
PENGARAH filem terkenal, Peter Jackson.

WELLINGTON, New Zealand: Pemilik sebuah kafe popular di New Zealand telah memohon maaf kepada pengarah filem terkenal, Peter Jackson, selepas membuat dakwaan tidak benar bahawa beliau bertanggungjawab atas penutupan premis tersebut.

Jackson, yang dikenali sebagai pengarah filem pemenang Anugerah Oscar The Lord of the Rings, membeli hartanah bersejarah Submarine Barracks di Wellington bersama pasangannya, Fran Walsh, pada 2023.

Ketika itu, pasangan berkenaan menyatakan hasrat untuk memulihkan ‘keindahan semula jadi’ kawasan tersebut.

Bagaimanapun, Chocolate Fish Cafe, yang beroperasi di lokasi itu, mendakwa minggu lalu pemilik baharu mereka akan menamatkan pajakan pada Januari, dan menyifatkan keputusan itu sebagai satu ‘tamparan hebat.’

Namun pada Rabu, pihak kafe menjelaskan bahawa Jackson dan Walsh tidak terlibat secara langsung dalam keputusan tersebut.

“Kami memohon maaf kepada Sir Peter Jackson dan Dame Fran Walsh atas dakwaan tidak benar bahawa mereka terlibat dalam keputusan menamatkan pajakan kami,” kata mereka dalam satu kenyataan.

“Kami benar-benar silap, dan penting bagi kami untuk membetulkan perkara ini.”

WingNut PM, cabang hartanah kepada WingNut Group milik Jackson dan Walsh, memaklumkan bahawa perbincangan mengenai penyewaan dengan pihak kafe telah berlangsung sejak 2024.

Menurut kenyataan kepada akhbar NZ Herald, pelan pembangunan semula tersebut bertujuan “menghidupkan semula bandar dan menyediakan kemudahan awam untuk semua warga Wellington.”

Kerja-kerja pengubahsuaian dijangka menyukarkan operasi kafe untuk diteruskan selepas Januari, namun pemiliknya telah ditawarkan sokongan bagi memastikan kafe dapat terus beroperasi sehingga musim panas, tambah kenyataan itu. – AFP

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Kristal X, Azlan & The Typewriter bersatu dalam ‘Rockolusi Kuasa Dua’
Next: Seo In Young kejutkan peminat dengan penampilan baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.