Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kadar tambang perkhidmatan bas laluan Kuching-Serian disemak semula
  • SEMASA

Kadar tambang perkhidmatan bas laluan Kuching-Serian disemak semula

Utusan Sarawak 1 month ago

KUCHING: Kadar tambang bagi perkhidmatan bas laluan Kuching-Serian akan disemak semula susulan penyertaan laluan tersebut dalam Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berperingkat (SBST).

Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Biaramas Express Sdn Bhd di bawah jenama BAS.MY.  

Perubahan ini berkuat kuasa April ini, sekali gus menamatkan subsidi tambang RM1 yang sebelum ini dinikmati penumpang.  

Menurut Kementerian Pengangkutan, langkah ini adalah sebahagian daripada inisiatif yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan selama lima tahun bagi meningkatkan perkhidmatan bas henti-henti di Kuching.  

“Selain laluan Kuching-Serian, sembilan lagi laluan lain akan beralih ke sistem SBST secara berperingkat menjelang Mei 2025.

“Laluan yang terlibat termasuk Taman Malihah, Bako, SMK Matang Jaya, SMK Agama Matang 2, Kampung Benuk Homestay, SJK Chung Hua Batu Kawa, King Centre, Muara Tebas, dan Terminal Bas Bau,” kata jurucakap kementerian terbabit dalam kenyataan, semalam. 

Dengan pelaksanaan SBST, jelasnya, subsidi tambang RM1 bagi laluan terbabit akan dihentikan dan digantikan dengan sistem tambang MyBas50, yang menawarkan pas perjalanan tanpa had pada kadar RM50 sebulan.  

Bagi memastikan perkhidmatan lebih mesra pengguna, pelajar, warga emas, dan orang kelainan upaya (OKU) layak menikmati perjalanan percuma di bawah program ini.  

Sementara itu, kawasan yang tidak termasuk dalam SBST akan terus menikmati Program Subsidi Tambang Rata RM1 bagi memastikan pengangkutan awam yang mampu milik kekal tersedia, terutamanya untuk golongan berpendapatan rendah (B40).  

Kementerian Pengangkutan menegaskan komitmennya dalam memperkasa sistem pengangkutan awam negeri bagi kesejahteraan rakyat serta mengurangkan kesesakan jalan raya.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Naik belon kekal sebagai talian hayat masyarakat Mulu
Next: Pencarian MH370 disambung semula akhir tahun ini – Loke

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.