Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kadar jenayah indeks di Sarawak turun 11 peratus
  • TEMPATAN

Kadar jenayah indeks di Sarawak turun 11 peratus

Utusan Sarawak 2 years ago
CENDERAMATA… Miro Simuh semasa menerima cenderamata yang disampaikan oleh Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri  ketika perasmian Balai Polis Siniawan di sini, hari ini. Foto Polis Sarawak
 

BAU: Kadar jenayah indeks di Sarawak dalam tempoh empat bulan pertama 2023 merekodkan penurunan sebanyak 11 peratus berbanding tempoh sama pada 2022.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, bagi tempoh Januari hingga April 2023, sebanyak 1,107 kes jenayah indeks dilaporkan berbanding 1,239 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

“Selain jenayah indeks, kes jenayah melibatkan harta benda juga menyaksikan penurunan 143 kes menjadikannya 923 kes pada empat bulan tahun ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, kes-kes melibatkan jenayah kekerasan merekodkan peningkatan kepada 180 kes yang dilaporkan bagi tempoh empat bulan tersebut berbanding 11 kes tahun lalu, peningkatan sebanyak 94 peratus.

“Bagaimanapun secara keseluruhannya, saya masih lagi mengatakan bahawa keadaan keselamatan dan kententeraman awam di Sarawak ini adalah terkawal.

“PDRM komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Sarawak,” katanya ketika sidang media selepas perasmian Balai Polis Siniawan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Balai polis tersebut yang dibina menerusi Program Tranformasi Luar Bandar (RTP) DUN Serembu menelan kos RM500,000.

Pembinaan balai polis yang mengambil masa 23 bulan itu mula dibina pada 1 Februari 2020 dan siap sepenuhnya pada 25 Februari tahun lalu.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu Miro Simuh.

Oleh Mohd Neenatul Aizal

Continue Reading

Previous: 55,000 ekor anjing lagi harus divaksinasikan – Dr Sim
Next: Harga lapan jenis barangan dikawal rapi sempena Gawai Dayak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.