Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Kadar jangkitan influenza menurun pada ME43/2025 – KKM
  • KESIHATAN

Kadar jangkitan influenza menurun pada ME43/2025 – KKM

Utusan Sarawak 16 hours ago
KEMENTERIAN Kesihatan (KKM).

PUTRAJAYA: Kadar jangkitan influenza di negara ini menunjukkan trend penurunan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-43 iaitu bagi tempoh 19 hingga 25 Okt lepas berbanding ME ke-42 dari 12 hingga 18 Oktober, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pemantauan melalui kadar konsultasi penyakit serupa influenza (ILI) dan kadar kemasukan ke hospital bagi kes jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) menunjukkan kedua-duanya mencatatkan penurunan berbanding minggu sebelumnya.

“Penurunan kadar konsultasi ILI adalah daripada 9.68 peratus kepada 8.18 peratus manakala penurunan kadar kemasukan kes SARI daripada 10.56 peratus kepada 10.45 peratus,” menurut KKM.

Menurut KKM, setakat ini jujukan genom menunjukkan tiada sebarang mutasi baharu virus influenza dikesan.

Mengenai kluster jangkitan saluran pernafasan akut, KKM memaklumkan sebanyak 30 kluster direkodkan pada ME43/2025 iaitu penurunan sebanyak 86 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Memperincikan trend kluster mengikut premis, KKM memaklumkan sekolah merekodkan sebanyak 15 kluster diikuti rumah persendirian (tujuh), tadika (empat), lain-lain premis (dua) serta taska satu kluster.

“Bagi ME 43/2025, tiada kluster dilaporkan di institusi pendidikan lain serta pusat jagaan. Sekolah terus menjadi penyumbang utama kepada jumlah keseluruhan kluster dengan melibatkan 27 kluster,” menurut kenyataan itu.

Menurut KKM, kebanyakan individu yang dijangkiti virus influenza akan pulih sepenuhnya dalam tempoh beberapa hari hingga seminggu.

Bagaimanapun, KKM memaklumkan jangkitan influenza boleh menyebabkan jangkitan yang serius atau komplikasi dalam kalangan golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah kesihatan kronik.

“Berdasarkan pengawasan ILI dan SARI di sentinel seluruh Malaysia, lebih daripada 70 peratus kes ILI dan SARI adalah dalam kalangan kanak-kanak,” menurut kenyataan itu.

Bagi melindungi golongan berisiko tinggi dan mencegah penularan jangkitan influenza, KKM menasihati orang ramai supaya tidak hadir ke tempat awam sekiranya bergejala, memakai pelitup muka sekiranya mengalami batuk atau selesema, kerap mencuci tangan dan mengamalkan etika batuk yang betul serta mendapatkan vaksin influenza tahunan, terutama bagi warga emas, kanak-kanak, wanita hamil dan pesakit kronik.

“Golongan berisiko tinggi dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan awal di fasiliti kesihatan kerajaan atau swasta berhampiran,” menurut KKM.- Bernama

Continue Reading

Previous: 58,428 pelajar tingkatan empat dikesan pembawa talasemia sejak 2016

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.