Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Kadar jangka pendek diunjurkan stabil, disokong operasi BNM
  • BISNES

Kadar jangka pendek diunjurkan stabil, disokong operasi BNM

Utusan Sarawak 1 day ago

KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Jumaat, dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan sebanyak RM16.96 bilion manakala RM24.85 bilion dalam sistem Islam.

Hari ini, BNM akan menawarkan tender repo berbalik bernilai RM3.3 bilion dan tender repo berbalik semalaman RM3.0 bilion.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta murabahah komoditi bercagar bagi tempoh seminggu, sebulan dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional bagi RM23.3 bilion dan tender semalaman murabahah RM24.9 bilion.– Bernama

Continue Reading

Previous: RM44.83 juta dibelanjakan bagi projek pembaikan jalan ladang di Sabah, Sarawak sehingga Jun 2025
Next: Harga MSM dijangka kekal stail pada separuh kedua 2025 – PIVB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.