Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Kadar jangka pendek diunjurkan stabil, disokong operasi BNM
  • BISNES

Kadar jangka pendek diunjurkan stabil, disokong operasi BNM

Utusan Sarawak 2 days ago

KUALA LUMPUR:  Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Khamis, disokong operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan berjumlah RM13.51 bilion dan RM27.42 bilion dalam sistem Islam.

Hari ini, BNM akan menawarkan dua tender repo berbalik,  meliputi RM2.5 bilion bagi tujuh hari dan RM1.5 bilion untuk 32 hari.

Bank pusat juga akan menjalankan tender repo berbalik Islam RM480 juta selama tujuh hari serta tender repo berbalik semalaman RM5.0 bilion untuk sehari.

Bank pusat juga telah mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula, serta kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh seminggu, sebulan dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang, BNM dijadualkan melaksanakan tender sehingga RM22.5 bilion melalui tender semalaman konvensional dan tender RM28.2 bilion melalui lelongan semalaman murabahah. — Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka tinggi
Next: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.