Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil, BNM
  • BISNES

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil, BNM

Utusan Sarawak 16 hours ago
BANK Negara Malaysia

KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Selasa, dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM31.71 bilion dalam sistem konvensional dan RM27.34 bilion dalam sistem Islam.

Hari ini, BNM akan menawarkan tiga tender repo berbalik, yang terdiri daripada tender RM2.6 bilion bagi tujuh hari, tender RM1.5 bilion untuk 31 hari dan RM1 bilion bagi 92 hari.

Bank pusat juga akan menjalankan tender repo berbalik Islam RM480 juta bagi tujuh hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik, serta kemudahan komoditi bercagar murabahah dengan tempoh seminggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat akan menawarkan tender semalaman konvensional RM36.8 bilion dan tender semalaman murabahah RM27.8 bilion. — Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street
Next: Prestasi perdagangan Malaysia tumbuh 18.2 peratus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.