
KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM43.88 bilion dalam pasaran konvensional dan RM16.52 bilion dalam dana Islam.
Hari ini, BNM akan menjalankan tiga tender repo berbalik: tender bernilai RM1.5 bilion untuk enam hari, RM1 bilion untuk 31 hari dan RM300 juta untuk 94 hari.
Ia akan turut menawarkan dua tender repo berbalik Islam (SBBA) terdiri daripada tender bernilai RM1 bilion untuk enam hari dan tender bernilai RM450 juta untuk 31 hari serta tender repo berbalik Islam (CCM) bernilai RM500 juta untuk 31 hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM46.7 bilion dan RM18.5 bilion dalam tender semalaman murabahah.- Bernama