
KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM27.68 bilion dalam pasaran konvensional dan RM21.91 bilion dalam dana Islam.
Hari ini, BNM akan menjalankan dua tender repo berbalik: RM500 juta untuk tujuh hari dan RM1.5 bilion untuk 28 hari.
BNM turut menjalankan tender repo berbalik Islam bernilai RM600 juta untuk 28 hari.
Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM29.7 bilion dan RM22.8 bilion dalam tender semalaman Murabahah. – Bernama