Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil susulan operasi BNM

Facebook
WhatsApp
BANK Negara Malaysia (BNM).

KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM29.42 bilion dalam pasaran konvensional dan RM27.90 bilion dalam dana Islam. 

Hari ini, BNM akan menjalankan dua tender repo berbalik terdiri daripada tender bernilai RM1 bilion untuk tujuh hari dan RM1.5 bilion untuk 31 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM31.9 bilion dan RM27.9 bilion dalam tender semalaman Murabahah. 

-Bernama

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, sejajar dengan prestasi positif beberapa pasaran serantau. Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh jangkaan kemungkinan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) berikutan