Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil susulan operasi BNM
  • BISNES

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil susulan operasi BNM

Utusan Sarawak 5 hours ago

KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh pada Selasa dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan sebanyak RM30.62 bilion manakala dana Islam RM24.54 bilion.

Hari ini, BNM akan menawarkan dua tender repo berbalik, terdiri daripada tender bernilai RM3 bilion untuk tujuh hari dan tender RM1.5 bilion bagi 33 hari serta tender repo berbalik Islam bernilai RM400 juta bagi tujuh hari.

Bank pusat juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik (SBBA) serta kemudahan komoditi murabahah bercagar dengan tempoh matang satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM35.1 bilion dan tender semalaman Murabahah RM24.9 bilion. – Bernama

Continue Reading

Previous: FBM KLCI dibuka rendah tetapi kekal melepasi paras 1,700 pada awal dagangan
Next: MAG akan kendali lebih 2,400 penerbangan sempena perayaan Tahun Baharu Cina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.