
KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM42.3 bilion dalam pasaran konvensional dan RM24.92 bilion dalam dana Islam.
Bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik, masing-masing bernilai RM1.0 bilion untuk tujuh hari dan 90 hari serta tiga tender repo berbalik Islam bernilai RM500 juta untuk tujuh hari dan dua tender bernilai RM150 juta, masing-masing untuk 33 hari dan 90 hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM44.3 bilion dan RM25.7 bilion dalam tender semalaman Murabahah.- Bernama