Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil disokong operasi BNM
  • BISNES

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil disokong operasi BNM

Utusan Sarawak 18 hours ago

KUALA LUMPUR:  Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM18.68 bilion dalam pasaran konvensional manakala dana Islam berjumlah RM28.28 bilion.

Pada hari ini, BNM akan menjalankan dua tender repo berbalik terdiri daripada tender bernilai RM2.7 bilion untuk tujuh hari dan tender bernilai RM1.5 bilion untuk 31 hari.

Bank pusat itu akan turut menjalankan satu tender repo berbalik semalaman berjumlah RM3.0 bilion untuk satu hari.

Bank pusat itu turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM25.9 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM28.3 bilion.– Bernama

Continue Reading

Previous: Ketegangan dagangan kian reda dorong ringgit dibuka mengukuh
Next: Bursa dibuka meningkat dipacu keadaan serantau lebih reda, belian terpilih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.