Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil disokong operasi BNM
  • BISNES

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil disokong operasi BNM

Utusan Sarawak 9 hours ago

KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil hari ini, disokong operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM18.32 bilion dalam sistem konvensional dan RM32.10 bilion bagi dana Islam.

Pada hari ini, BNM akan menjalankan tender repo berbalik sebanyak RM3.0 bilion untuk tempoh tujuh hari dan tender repo berbalik semalaman sebanyak RM7.0 bilion.

Bank pusat itu turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula dan kemudahan komoditi Murabahah bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang, BNM akan melaksanakan tender sehingga RM28.3 bilion melalui tender semalaman konvensional dan sehingga RM32.1 bilion menerusi lelongan semalaman Murabahah.– Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka melantun, akhiri penyusutan dua hari
Next: BNM turunkan OPR 25 mata asas kepada 2.75 peratus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.