Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil, BNM
  • BISNES

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil, BNM

Utusan Sarawak 22 hours ago

KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM19.78 bilion dalam sistem konvensional dan RM21.81 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, BNM akan menjalankan tiga tender repo berbalik: tender bernilai RM4.2 bilion untuk tujuh hari, RM1.5 bilion untuk 31 hari dan RM1.0 bilion untuk 92 hari.

Ia akan turut menjalankan tender repo berbalik semalaman bernilai RM3.0 bilion untuk sehari dan tender repo berbalik Islam bernilai RM480 juta untuk tujuh hari.

Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM29.5 bilion dan RM23.5 bilion dalam tender semalaman Murabahah. — Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka tinggi
Next: Perkembangan tarif AS-China beri kesan positif pasaran ekuiti Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.