Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM
  • BISNES

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

Utusan Sarawak 10 hours ago
BANK Negara Malaysia.

KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM19.24 bilion dalam pasaran konvensional dan RM26.41 bilion dalam dana Islam.  

Hari ini, bank pusat akan menjalankan tiga tender repo berbalik terdiri daripada RM3.25 bilion untuk tujuh hari, RM100 juta untuk 31 hari dan RM730 juta untuk 92 hari. 

Sementara itu, BNM mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM23.3 bilion dan RM26.4 bilion dalam tender semalaman murabahah.

-Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Pesta Sarikei 2025 catat jualan RM1.14 juta, pacu ekonomi tempatan
Next: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.