Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kadar bantuan tanam semula getah di Sarawak naik kepada RM23,000 sehektar
  • SEMASA

Kadar bantuan tanam semula getah di Sarawak naik kepada RM23,000 sehektar

Utusan Sarawak 4 hours ago
AMANAT…Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan dan Program Kemakmuran Pekebun Kecil RISDA Negeri Sarawak 2026 di Masjid Darul Istiqamah, Kampung Niup, hari ini.Foto Jabatan Penerangan Malaysia

KOTA SAMARAHAN: Kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) hari ini mengumumkan kenaikan kadar bantuan Program Tanam Semula Getah di Sarawak kepada RM23,000 sehektar berbanding RM14,805 sebelum ini.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan dan Program Kemakmuran Pekebun Kecil RISDA Negeri Sarawak 2026 di Masjid Darul Istiqamah, Kampung Niup, hari ini.

Menurut beliau, peningkatan kadar bantuan tersebut diperkenalkan sebagai respons kepada kenaikan kos pembangunan kebun yang semakin ketara ketika ini.

SEMPENA majlis Santunan Kasih Ramadan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini telah menyempurnakan penyerahan replika cek Peruntukan Program Pembangunan RISDA Negeri Sarawak bagi tahun 2026. Foto Jabatan Penerangan Malaysia

“Antara faktor utama yang diambil kira termasuk kenaikan harga input pertanian seperti baja dan racun, peningkatan kos upah buruh serta kos logistik dan kerja-kerja lapangan yang semakin tinggi,” katanya.

Beliau berkata, inisiatif itu dijangka memberi manfaat kepada sebahagian daripada 508,000 pekebun kecil getah di seluruh negara termasuk komuniti pekebun kecil di Sarawak.

Dalam majlis sama, seramai 120 penduduk Kampung Niup menerima bakul makanan asas sempena program Santunan Kasih Ramadan anjuran RISDA.

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir pada Majlis Santunan Kasih Ramadan dan Program Kemakmuran Pekebun Kecil RISDA Negeri Sarawak 2026 di Masjid Darul Istiqamah, Kampung Niup, hari ini.Foto Jabatan Penerangan Malaysia

Selain itu, RISDA turut mengumumkan peruntukan pembangunan bagi RISDA Negeri Sarawak untuk tahun 2026 dengan nilai keseluruhan RM29,257,190.

Turut disampaikan sumbangan kepada institusi keagamaan setempat iaitu RM3,000 kepada Masjid Darul Istiqamah Kampung Niup dan RM3,000 kepada Surau Kampung Niup.

Majlis tersebut turut menyantuni golongan memerlukan melalui sumbangan kepada 30 pelajar dari Pusat Pengajian Tafaqquh Tahfiz Al-Makki serta 20 anak yatim dari Kampung Niup.

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan sumbangan Ramadan kepada salah seorang penerima dalam majlis Santunan Kasih Ramadan, di sini, hari ini. Foto Jabatan Penerangan Malaysia

Pelaksanaan kadar baharu bantuan tanam semula itu selaras dengan matlamat Rancangan Malaysia Ke-13 untuk memperkasakan kemakmuran pekebun kecil melalui pembangunan kebun yang lebih mampan.

Program Tanam Semula Getah kekal menjadi antara inisiatif utama RISDA bagi memastikan kelangsungan sektor getah negara di samping membantu pekebun kecil mengekalkan daya tahan ekonomi mereka.

Bagi pekebun kecil di Semenanjung Malaysia dan Sabah, pengumuman mengenai kadar bantuan baharu dijangka akan dibuat oleh kerajaan dalam masa terdekat.

Oleh Norman B

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak fokus pelancongan domestik hadapi kesan konflik Asia Barat 
Next: Subsidi diesel Sabah, Sarawak pastikan harga barang tidak naik mendadak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.