Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil susulan operasi BNM

Facebook
WhatsApp

KUALA LUMPUR, 16 Oktober: Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM36.38 bilion dalam pasaran konvensional dan RM27.99 bilion dalam pasaran wang Islam.  

Hari ini, BNM akan menjalankan dua tender repo berbalik berjumlah RM6.5 bilion untuk tujuh hari dan RM700 juta untuk 31 hari.

Bank pusat akan turut menjalankan dua tender repo berbalik Islam di bawah Murabahah Komoditi Bercagar berjumlah RM250 juta untuk tujuh hari dan RM250 juta untuk 31 hari. 

BNM turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM43.6 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM29.2 bilion.- Bernama

Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 16 Oktober: Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan faktor luaran, termasuk jangkaan dasar monetari Amerika Syarikat