Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kad ucapan Tahun Baharu Cina eratkan hubungan pemimpin dan rakyat
  • Tengah
  • WILAYAH

Kad ucapan Tahun Baharu Cina eratkan hubungan pemimpin dan rakyat

Utusan Sarawak 6 hours ago
ANTARA penduduk tempatan yang menerima kad ucapan Tahun Baharu daripada Dato’ Sri Huang Tiong Sii. Foto Pusat Khidmat Repok.

SARIKEI: Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina (TBC) serta menyampaikan kad ucapan perayaan sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan kepada komuniti yang menyambut perayaan tersebut.

Katanya, sambutan TBC merupakan masa yang amat bermakna untuk memperkukuh hubungan silaturahim dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

“Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua masyarakat yang menyambut perayaan ini dan berharap Tahun Kuda membawa semangat baharu, kejayaan serta kesejahteraan kepada semua.

“Sambutan perayaan seperti ini juga merupakan peluang terbaik untuk kita mempererat hubungan antara pemimpin dan rakyat serta memperkukuh semangat perpaduan dalam komuniti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagi menzahirkan keprihatinan terhadap masyarakat, beliau telah menyediakan kad ucapan Tahun Baharu Cina khas yang diagihkan kepada penduduk, peniaga serta pelbagai lapisan masyarakat di kawasan Sarikei melalui pemimpin-pemimpin komuniti tempatan.

Tambahnya, inisiatif tersebut bukan sahaja bertujuan menyampaikan ucapan perayaan, malah menjadi platform untuk berinteraksi secara langsung dengan masyarakat serta mengeratkan lagi hubungan yang telah terjalin.

“Saya amat menghargai sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh rakyat selama ini dan akan terus berusaha memastikan pembangunan dan kebajikan rakyat sentiasa diberi keutamaan.

“Saya akan terus berusaha membawa lebih banyak pembangunan dan kemudahan kepada Parlimen Sarikei dan kawasan Repok supaya rakyat dapat menikmati persekitaran yang lebih selesa dan berkualiti.

“Kita akan terus bergerak maju bersama rakyat demi membina masa depan yang lebih baik untuk semua,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Hospital Bintulu mohon bantuan kesan waris mendiang Hii Tiing Ing
Next: Polis Marudi tingkat rondaan, cegah jenayah musim perayaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.