Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kad Konsesi BAS.MY diperluas kepada pelajar Tingkatan Enam, pelatih institut kerajaan
  • SEMASA

Kad Konsesi BAS.MY diperluas kepada pelajar Tingkatan Enam, pelatih institut kerajaan

Utusan Sarawak 3 hours ago
UCAPAN… Anthony Loke Siew Fook berucap pada majlis Perasmian Laluan Baharu Bas.my Kuching di The Summer Mall, Samarahan.

KOTA SAMARAHAN: Kerajaan memperluas kemudahan Kad Konsesi BAS.MY kepada pelajar tingkatan enam serta pelatih institut latihan milik kerajaan, sekali gus menambah golongan yang layak menikmati perjalanan percuma di bawah sistem pengangkutan awam tersebut.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, peluasan itu membabitkan sekitar 2,350 pelajar tingkatan enam serta lebih 3,200 pelatih institut latihan kerajaan di sekitar Kuching dan Samarahan.

“Langkah ini akan memberi manfaat besar kepada golongan terbabit serta mengurangkan beban perbelanjaan harian mereka,” katanya.

SIMBOLIK Perasmian Laluan Baharu Bas.my Kuching disempurnakan oleh Anthony Loke Siew Fook di The Summer Mall, Samarahan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perasmian Laluan Baharu BAS.MY Kuching di The Summer Mall, di sini hari ini.

Tambah beliau, inisiatif BAS.MY yang diperkenalkan di semua ibu negeri kini semakin mendapat sambutan menggalakkan, khususnya dalam kalangan pelajar dan golongan muda.

“Ramai pelajar termasuk dari Universiti Malaysia Sarawak (unimas) menggunakan perkhidmatan ini, dan dengan penambahan laluan baharu di kawasan Samarahan, ia akan memudahkan lagi pergerakan mereka.

SESI lawatan menaiki Bas.my Kuching oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook di sekitar Samarahan.

“Kerajaan turut menggalakkan lebih ramai rakyat termasuk warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan pelajar sekolah untuk mendaftar Kad Konsesi BAS.MY bagi menikmati perjalanan percuma di semua laluan,” jelasnya.

Sementara itu, beliau berkata perkhidmatan BAS.MY kini beroperasi di semua ibu negeri dengan sekitar 700 buah bas di seluruh negara, selain sedang dalam perancangan untuk diperluaskan ke bandar kedua.

“Kita sudah masuk fasa pertama di ibu negeri. Fasa seterusnya kita akan perluaskan ke bandar kedua seperti Sibu dan Bintulu di Sarawak,” ujarnya.

RAKAMAN gambar kenangan majlis Perasmian Laluan Baharu Bas.my Kuching di The Summer Mall, Samarahan.

Untuk rekod, enam laluan baharu BAS.MY Kuching yang mula beroperasi pada 1 April 2026 ialah Laluan Q11 Arang Road, Q12 Taman Hui Sing, Q13 Siburan, Q14 Summer Mall, Q15 Stutong Baru/Kuching Sentral dan Q16 Taman Sukma.

Penambahan laluan tersebut dijangka memperkukuh lagi sistem pengangkutan awam di Kuching serta kawasan sekitar Samarahan dan Serian.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tambang Bas.My kekal meskipun ekonomi global tidak menentu
Next: Projek naik taraf Lapangan Terbang Miri diluluskan RM445 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.