Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kad Kenyalang Affin Bank dapat sambutan menggalakkan
  • SEMASA

Kad Kenyalang Affin Bank dapat sambutan menggalakkan

Utusan Sarawak 7 hours ago
KAD Kenyalang Affin Bank.

KUCHING: Kad Kenyalang Affin Bank yang diperkenalkan baru-baru ini mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan masyarakat, sekali gus mencerminkan sokongan dan minat yang tinggi terhadap inisiatif tersebut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kumpulan Affin semalam, reka bentuk kad kenyalang mengambil inspirasi daripada Jata Negeri Sarawak yang menjadi lambang kekuatan, warisan serta identiti negeri ini.

“Reka bentuk hitam putih yang ditampilkan merupakan ciptaan simbolik yang menggabungkan elemen-elemen daripada Jata Negeri sebagai penghormatan terhadap kekayaan warisan budaya Sarawak,” jelas kenyataan itu.

Dalam menghasilkan reka bentuk tersebut, keutamaan diberikan kepada nilai-nilai yang dekat di hati rakyat, agar setiap aspek mencerminkan identiti tempatan secara menyeluruh.

“Kami amat menghargai segala maklum balas yang diterima dan komited untuk terus meraikan identiti Sarawak dengan penuh keaslian, kebanggaan dan rasa hormat,” jelas kenyataan itu lagi.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Tun Wan Junaidi gesa percepat pelaksanaan projek demi manfaat rakyat
Next: Kritikan terhadap logo kenyalang pada Kad Bank Affin disifatkan tidak wajar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.