Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kabong bakal terima 17 projek di bawah BDDA bernilai RM19.140 juta
  • Selatan
  • WILAYAH

Kabong bakal terima 17 projek di bawah BDDA bernilai RM19.140 juta

Utusan Sarawak 1 day ago
RAZAILI Gapor semasa mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Sektor Pembangunan Perniagaan, Industri dan Usahawan BDDA di Bilik Mesyuarat DUN Sarawak, dekat sini hari ini. -Foto ADUN Kabong

PETRA JAYA: Kira-kira 17 buah projek di bawah Jawatankuasa Sektor Pembangunan Perniagaan, Industri dan Usahawan Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata kesemua projek yang memperuntukkan kos berjumlah RM19.140 juta berkenaan kini berada di peringkat perancangan.

“Secara keseluruhannya, sebanyak 29 projek dibawah Jawatankuasa Sektor Pembangunan Perniagaan, Industri dan Usahawan BDDA telah dirancang menerusi sektor ini.

“Daripada jumlah tersebut, untuk DUN Kabong telah diperuntukkan sejumlah RM19.140 juta untuk melaksanakan sebanyak 17 buah projek dibawah sektor berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Sektor Pembangunan Perniagaan, Industri dan Usahawan BDDA yang dipengerusikan oleh Razaili Gapor yang juga ADUN Beting Maro di Bilik Mesyuarat DUN Sarawak, dekat sini hari ini.

Dalam mesyuarat tersebut, Razaili mengharapkan agar kesemua projek yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar dan mengikut jadual, seterusnya memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi tempatan serta peluang pekerjaan kepada rakyat.

Sebelum mesyuarat diadakan, satu taklimat berkenaan perkhidmatan, produk serta tawaran bantuan kewangan untuk usahawan oleh beberapa agensi terlibat iaitu SME Corporation, Affin Bank, Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (Tegas), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Skim Pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP).

Taklimat ini bertujuan memberikan gambaran menyeluruh mengenai sokongan dan peluang yang boleh dimanfaatkan oleh para usahawan serta membantu memperkasa ekosistem keusahawanan di peringkat akar umbi.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bekalan elektrik terjejas, ADUN Tanjong Batu anjur sesi dialog khas
Next: Gelanggang baharu simbol perpaduan komuniti Kampung Assyakirin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.