Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kabinet terkuat Singapura
  • GLOBAL

Kabinet terkuat Singapura

Utusan Sarawak 5 years ago
PERDANA Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, bersama beberapa anggota Kabinet baharu republik itu selepas majlis angkat sumpah di Istana.

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, yakin beliau menubuhkan Kabinet terkuat bagi memanfaatkan mandat rakyat republik itu untuk mengatasi cabaran ekonomi dan kesihatan yang sedang dialami.

Beliau juga menggesa semua pihak bersatu selepas pilihan raya berakhir kerana kerja untuk Kabinet dan kerajaan baharu sudah bermula.

“Apa saja fahaman politik, jangan pernah lupa bahawa rakyat Singapura perlu didahulukan dan diutamakan.

“Mari kita semua bersatu dan tumpukan tenaga bagi mengharungi cabaran besar akan datang ini,” katanya ketika pada Majlis Angkat Sumpah di Istana hari ini.

Secara keseluruhan, 33 menteri dan menteri negeri, bermula dengan Hsien Loong, mengangkat sumpah dipimpin oleh Ketua Hakim, Sundaresh Menon.

Terdahulu, Presiden Singapura, Halimah Yacob, berkata pandemik Covid-19 menguatkan semangat rakyat Singapura dan menyatukan semua pihak.

“Dalam fasa seterusnya, saya mohon Singapura terus mengekalkan perpaduan ini bagi menyokong kerajaan yang sudah kita pilih dan beri sokongan sepenuhnya untuk Singapura berdepan krisis ini,” katanya.

Sementara itu, Hsien Loong dalam ucapannya, turut mengakui krisis Covid-19 kini kembali buruk dengan jangkitan dan kematian baharu meningkat.

Beliau turut merayu supaya majikan mengekalkan pekerja mereka seboleh mungkin dan membantu pekerja yang kehilangan kerja mencari kerja baharu. – AFP

Continue Reading

Previous: Kluster baharu merebak di 5 wilayah China
Next: Lubnan salahkan Israel cemari kedaulatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.