Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kabinet bincang penangguhan umrah hari ini
  • NASIONAL

Kabinet bincang penangguhan umrah hari ini

Utusan Sarawak 3 years ago

SEGAMAT, 4 Jan -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (empat, kanan) beramah mesra dengan mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Kampung Tandong hari ini. Turut sama Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad (dua, kanan). --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra dengan mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Kampung Tandong semalam. Turut sama Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad. • Foto BERNAMA

SEGAMAT: Kabinet akan mengadakan mesyuarat khas hari ini (5 Januari) bagi membincangkan isu penangguhan umrah seperti yang diumumkan Kementerian Kesihatan (KKM) baru-baru ini, susulan ancaman varian baharu Covid-19, Omicron.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pada mesyuarat itu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin akan membentangkan laporan terperinci mengenainya.

“Esok saya akan dapatkan gambaran sebenar mengenai isu umrah ini. Cuma saya hendak maklumkan keputusan KKM (tangguh umrah) lebih kepada hendak menjaga nyawa kita,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Tandong, Buloh Kasap, di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan terkini berhubung penangguhan umrah yang bakal dikuatkuasakan pada 8 Januari ini.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata perkara yang akan turut dibincangkan hari ini adalah berkenaan pasca banjir dan persediaan agensi-agensi berkaitan mengenai persiapan dalam menghadapi gelombang kedua banjir. – Bernama

Continue Reading

Previous: Warga emas pilih tidur dalam lori
Next: Bungkus makanan guna paku boleh didenda, penjara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.