Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kabinet akan bincang langkah tegas tangani isu disiplin, pengaruh media sosial di sekolah – PM
  • NASIONAL

Kabinet akan bincang langkah tegas tangani isu disiplin, pengaruh media sosial di sekolah – PM

Utusan Sarawak 4 days ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan bersama Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan bagi Bulan Oktober 2025 hari ini. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Langkah tegas bagi menangani isu disiplin dan keselamatan di sekolah termasuk pengaruh media sosial dalam kalangan pelajar akan dibincang oleh Jemaah Menteri dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata beberapa insiden yang berlaku di institusi pendidikan kebelakangan ini memerlukan intervensi segera.

“Kita akan adakan perjumpaan mengenai isu ini… apabila kita lihat secara menyeluruh, hampir kesemuanya berbalik kepada telefon pintar, media sosial dan aplikasi.

“Jadi, mungkin hari ini atau esok saya akan mengadakan mesyuarat Jemaah Menteri (bagi membincangkan isu ini)… harus ambil tindakan tegas… tentunya ada pelbagai reaksi (daripada orang ramai) tetapi harus ada tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Perdana Menteri mengulas mengenai insiden tragis yang menyaksikan seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat maut ditikam oleh seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah sekolah menengah di Selangor semalam.

Dalam kejadian pada kira-kira 9.30 pagi itu, mangsa ditemukan dengan beberapa kesan tikaman di badan di luar bilik darjah.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail memaklumkan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian manakala Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata dua senjata tajam yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu telah dirampas.

Sementara itu, sejak akhir-akhir ini beberapa insiden serius membabitkan pelajar sekolah dilaporkan termasuk kes rogol membabitkan empat pelajar lelaki Tingkatan Lima dan seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di Melaka, yang membawa kepada tindakan buang sekolah serta-merta.

Turut mendapat perhatian ialah peningkatan kes buli di sekolah apabila data Kementerian Pendidikan menunjukkan sebanyak 7,681 kes direkodkan tahun lepas berbanding 6,528 pada 2023.- Bernama

Continue Reading

Previous: PM Anwar pertahan pelaburan khazanah RM600 juta baik pulih Carcosa Seri Negara
Next: Tanah NCR: Sarawak ganding bahu dengan KPK laksana rundingan G2G dengan EU

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.