Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kabinet akan bincang isu tarif AS – PM Anwar
  • SEMASA

Kabinet akan bincang isu tarif AS – PM Anwar

Utusan Sarawak 12 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri dan Peluncuran Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kabinet akan mengadakan perbincangan lanjut pada Jumaat ini, berhubung isu tarif Amerika Syarikat (AS).

“Baru kita respons. Tunggu hari Jumaat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri dan pelancaran Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan di sini hari ini.

Beliau ditanya berhubung keputusan Mahkamah Agung AS pada Jumaat lepas yang membatalkan sebahagian besar daripada langkah tarif diperkenalkan Donald Trump sebelum ini, dengan memutuskan Presiden AS itu tidak mempunyai kuasa di bawah undang-undang negara berkenaan untuk mengenakan tarif menyeluruh secara unilateral.

Trump kemudian dilapor berkata beliau akan mengenakan tarif baharu sebanyak 10 peratus terhadap negara di seluruh dunia di bawah kuasa baharu selepas Mahkamah Agung membatalkan kempen cukai import globalnya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pada masa ini, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang meneliti perkara itu.

Beliau berkata MITI kini menyelaras perkara berkenaan bersama pihak berkepentingan termasuk di Washington serta rakan-rakan di Asia Tenggara bagi menentukan hala tuju seterusnya.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Platform panduan digital dalam tujuh bahasa perkaya pengalaman jemaah di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
Next: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 gegar perairan Sabah, tiada ancaman tsunami

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.