Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kabel dasar laut: Hasrat Sarawak hampir jadi kenyataan
  • SEMASA

Kabel dasar laut: Hasrat Sarawak hampir jadi kenyataan

Utusan Sarawak 7 months ago
MELAWAT… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika melawat pameran yabg terdapat lada program Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura (SIEW) di Singapura, hari ini. FotoUKAS

SINGAPURA: Usaha Sarawak untuk menghubungkan sistem tenaganya dengan Singapura dan Semenanjung Malaysia melalui sambungan kabel bawah laut semakin hampir menjadi kenyataan setelah kajian teknikal bersama Sembcorp Utilities berjaya diselesaikan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, memaklumkan bahawa rundingan komersial bagi projek ini sedang berjalan dengan lancar.

“Rundingan komersial untuk sambungan antara Sarawak dan Singapura berlangsung dengan baik, manakala Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga sedang menjalankan kajian prakebolehlaksanaan bagi sambungan kabel bawah laut antara Sarawak dan Semenanjung Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap  pada Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura (SIEW) di sini, hari ini.

Tambahnya, projek sambungan kabel bawah laut ini dianggap sebagai satu pencapaian penting yang bakal mengukuhkan peranan Sarawak dalam pembangunan Grid Kuasa ASEAN.

“Sambungan tersebut bukan sahaja akan mempertingkatkan keterhubungan tenaga antara negara-negara ASEAN, malah membuka peluang kepada Sarawak untuk berkongsi sumber tenaga boleh diperbaharui dengan rantau yang lebih luas,” katanya.

Abang Johari turut menekankan bahawa Sarawak berpotensi menjadi ‘Bateri ASEAN’, dengan keupayaan untuk membekalkan tenaga boleh diperbaharui, terutamanya daripada sumber hidro, kepada negara-negara jiran di Asia Tenggara menerusi grid kuasa yang bersambung di seluruh Borneo dan ASEAN.

Menurutnya, kejayaan Grid Kuasa ASEAN memerlukan lebih daripada teknologi dan penyelesaian kewangan semata-mata.

“Ia memerlukan keazaman politik, penjajaran dasar, penyelarasan peraturan dan piawaian, pembangunan infrastruktur, serta kerjasama serantau,” tambah beliau.

Hadir sama dalam acara tersebut, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi; Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr. Hazland Abg Hipni, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kerajaan teroka potensi jelapang padi di Sabah, Sarawak
Next: Pembangunan Tenaga Lestari: Sarawak lepasi sasaran awal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.