Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • KAAN, simbol perkembangan industri pertahanan  Turkiye sedia beraksi 2026
  • GLOBAL

KAAN, simbol perkembangan industri pertahanan  Turkiye sedia beraksi 2026

Utusan Sarawak 3 days ago

ISTANBUL:  Projek jet pejuang Turkiye yang dikenali sebagai ‘KAAN’ kini memiliki tiga prototaip, dengan satu daripadanya digunakan untuk ujian darat, manakala dua lagi dijadual melakukan penerbangan bermula April 2026, kata Ketua Eksekutif Turkish Aerospace Inc. (TAI), Mehmet Demiroglu pada Jumaat, lapor Anadolu Ajansi.

Sempena Pameran Industri Pertahanan Antarabangsa (IDEF) 2025, Demiroglu berkata KAAN yang mula diperkenalkan pada 2023 dan melakukan penerbangan sulung pada 2024, kini memasuki liga baharu dalam industri aeroangkasa.

Edisi ke-17 IDEF yang berlangsung selama enam hari bermula Selasa, dianjurkan serentak di Pusat Pameran Istanbul, Lapangan Terbang Ataturk, Hotel Wow dan Marina Atakoy.

Pameran itu dianjurkan oleh KFA Fairs dengan sokongan Sekretariat Industri Pertahanan Turkiye (SSB) dan Yayasan Angkatan Tentera Turkiye, manakala Anadolu merupakan rakan komunikasi global.

Demiroglu berkata Fasa 1 pengeluaran KAAN akan bermula. 

“Kami telah melengkapkan segala persiapan untuk melancarkan Fasa 1. Saya belum mahu berkongsi butiran lanjut, tetapi anda boleh jangkakan beberapa kejutan. 

“Semua ini menunjukkan sejauh mana kemajuan Turkiye dan betapa pentingnya platform KAAN,” katanya.

Beliau turut menyatakan hanya empat negara di dunia pernah membina jet pejuang seumpama itu dan terdapat beberapa konsortium yang sedang mencuba. 

Sebuah konsortium yang dimulakan oleh Turkiye dan diumumkan semasa Paris Airshow pada 2018, dijangka hanya akan melakukan penerbangan pertama sekitar 2035 hingga 2040.

“Ini menunjukkan kepantasan, keyakinan dan kemampuan Turkiye. Kami tidak melihat KAAN sekadar projek pesawat. 

“KAAN ialah perjalanan ke arah kemuncak industri pertahanan negara — bukan hanya oleh TAI, tetapi hasil usaha kolektif negara,” katanya.

Projek pembangunan KAAN bermula pada 2016, diperkenalkan secara rasmi pada Mac 2023 dan melakukan penerbangan sulung pada Februari 2024.

Pada Mei 2023, Presiden Recep Tayyip Erdogan mengumumkan nama pesawat itu sebagai KAAN. — Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Kotak hitam pesawat Antonov-24 Angara Airlines, ditemukan
Next: Tiga siklon landa Filipina, angka korban meningkat kepada 30 orang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.